BLOG RASMI SMK VALDOR

BLOG RASMI SMK VALDOR

Thursday, April 10, 2014

SISTEM PENGURUSAN INISIATIF ICT SEKOLAH (ICTS)

APA ITU ICTS? 

Bahagian Audit Dalam dan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia sedang melaksanakan pengauditan tentang prestasi terhadap perkhidmatan 1BestariNet ,Frog VLE, Program MBMMBI dan  peralatan ICTPPSMI dan makmal komputer sekolah-sekolah seluruh negara.

ICTS adalah satu aplikasi atas talian yang dibangunkan untuk mengumpul, menganalisis dan melaporkan status operasi Makmal Komputer, Pusat Akses, Makmal Bahasa (MBMMBI), status penyelenggaraan peralatan ICT sekolah dan status pelaksanaan program 1Bestarinet di sekolah-sekolah seluruh Malaysia di bawah seliaan KPM. Keberkesanan dan kejayaan ICTS memerlukan kerjasama serta peranan daripada pihak yang terlibat iaitu sekolah, PKG, BTPN, BTP, PPD dan JPN.

Alamat URL adalah seperti berikut :
http://www.moe.gov.my/bad/icts


Friday, April 4, 2014

Laman Frog VLE Ibubapa SMK VALDOR


Guru visitytl_btn
Pelajar visitytl_btn
Ibu Bapa visitytl_btn
Frog adalah ringkas, mudah digunakan dan direka untuk mengangkat sistem pengajaran ke satu tahap baru sepenuhnya. Anda boleh memberi tugasan serta mengetahui tentang kerja dan markah pelajar, menghasilkan sumber pengajaran dan berhubung dengan rakan-rakan pendidik lain. Rancang masa anda dengan lebih baik dengan kalendar yang membolehkan anda untuk melihat, membuat, menyertai atau memasukkan acara.Pembelajaran adalah menyeronokkan dan dapat diperibadikan dengan Frog. Terokai video, permainan dan pos-pos yang mengujakan di The Pond, reka sendiri laman utama anda, muat naik dan simpan fail di awan, selesaikan tugasan pada bila-bila masa, di mana jua dan kongsikan idea-idea anda yang hebat dengan rakan-rakan sekelas serta guru-guru.Ketahui tentang acara-acara sekolah, laporan PIBG serta notis sekolah menerusi kalendar dan papan notis sekolah, cari semua butir perhubungan yang anda perlukan di halaman Hubungi Sekolah dan muat turun borang keizinan dan dokumen-dokumen penting yang lain mengikut keselesaan anda.