BLOG RASMI SMK VALDOR

BLOG RASMI SMK VALDOR

Wednesday, February 26, 2014

UJIAN PERMATA PINTAR UKM1

Pelajar-pelajar SMK Valdor dibawah umur 13 hingga umur 15, telah mula menjalani ujian UKM1 Permata Pintar di Makmal Komputer pagi ini. Sijil Penyertaan Ujian ini telah diberi  kepada pelajar secara langsung melalui internet setelah habis menjawab semua soalan ujian.







Menurut Pusat Permata Pintar Negara, ujian ini dijalankan mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun. Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian dan pengurusan bakat yang dikendalikan oleh pusat ini dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pedidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah, dan Maktab Rendah Sains Mara. Ujian ini adalah percuma dan boleh diambil di sekolah, rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan Internet

Saturday, February 22, 2014

Kejayaan Hari Kantin 2014

Aktiviti hari ini berjalan dengan lancar dan berjaya. pihak PIBG SMK VALDOR telah berjaya mengutip derma sebanyak RM 30 ribu . Tujuan aktiviti ini untuk meningkatkan tabung kebajikan murid  dan pembangunan fizikal sekolah.. Tahniah diucapkan kepada PIBG sekolah.










Pihak sekolah juga mengucapkan terima kasih kepada pihak dermawan, penaja-penaja makanan dan jualan yang murah hati dan sanggup menolong sekolah dalam menjayakan aktiviti Hari kantin 2014.