BLOG RASMI SMK VALDOR

BLOG RASMI SMK VALDOR

Friday, June 27, 2014

Frog VLE SMK Valdor: https://pea4002.1bestarinet.net

Di bawah projek 1BestariNet, 10,000 buah sekolah telah dilengkapi dengan perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa wayar (wireless broadband) berkelajuan tinggi iaitu Yes 4G, dan sebuah Persekitaran Pembelajaran Maya iaitu frog VLE (Virtual Learning Environment) untuk pengajaran dan pembelajaran tanpa batasan.

Dengan itu, setiap pelajar akan mempunyai akses kepada pendidikan bertaraf dunia yang boleh dicapai di dalam dan diluar sekolah: pada bila-bila masa, di mana jua. 

Dalam pelaksanaan program ini, setiap pelajar dan ibu bapa / penjaga
telah diberikan satu ID Pengguna yang unik dan pelbagai guna. Antara kegunaannya ialah:
  1. Mengakses platform frog VLE
  2. Mengakses emel peribadi Yes
  3. Mengakses semua enjin pendidikan maya yang dijana oleh Google yang bertaraf antarabangsa seperti Khan Academy dan YouTube Education
Setiap pengguna mempunyai hak akses yang berlainan dalam frog VLE. Sebagai ibu bapa, Tuan / Puan akan dapat mengakses Dashboard Sekolah serta Laman Notis Ibu Bapa yang mempunyai maklumat khas yang akan dipaparkan oleh pihak sekolah.

青蛙虚拟学习环境(Virtual Learning Environment)是一个基于网络的学习系统。此项计划通过无线的4G宽频连接学校,让教师及学生能够透过网络进行交流及学习例如:
  1. 家长可以查看学校的最新消息;校方可以安排自己的校历,并通过互联网传播出去。因此,学习可以在任何地方实施:在学校或在家里,每天24小时,每周7
  2. 教师可以分配课业、教学活动、测试等活动;
  3. 学生可以通过这个学习平台提交作业
                                                         https://pea4002.1bestarinet.net
Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung dengan pentadbir di pejabat sekolah, Cik Ira Maya atau En Teoh Chung Keng di Makmal Komputer Sekolah atau.
Emel ke  pea4002@jpnpp.edu.my

atau isi borang seperti di bawah dengan nama anak dan kelas semasa,dan minta anak-anak hantar kepada Guru ICT sekolah