BLOG RASMI SMK VALDOR

BLOG RASMI SMK VALDOR

Friday, April 30, 2010

Majlis Perpisahan Pengetua


Majlis Perpisahan dengan Pengetua, En Chuah Cheng Hooi telah dijalankan dalam suasana meriah, penuh kenangan dan sambutan baik daripada barisan pentadbir,guru-guru dan pelajar.

Majlis ini dijalankan di Tapak Perhimpunan pada 7.30 pagi tadi. Pihak PIBG sekolah, yang diwakili oleh En. Ng Chin Lim dam Choo Siew Hin turut bersama dalam majlis ini.
Pihak sekolah, diwakili oleh Pn Goi Goit Sim, mengucapkan terima kasih kepada En Chuah yang banyak membawa kemajuan dan pembangunan kepada sekolah. Ucapan terima kasih juga disampaikan oleh Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan sekolah,Cik Sazni dan Ketua Pelajar,sdr Chang Jia Yun.

Jasamu diingati oleh semua warga sekolah.

Monday, April 19, 2010

Public Speaking Competition S.P.S






Pertandingan tersebut telah dijalankan di Dewan SMK Valdor pada 15 April 2010 yang lepas. Sebanyak 15 buah sekolah di bawah PPD Selatan menyertai Pertandingan ini.
Tahniah kepada para pemenang dan Guru-guru SMK Valdor sebagai Penganjur Pertandingan ini.

AKtiviti Persatuan Agama Buddha SMK Valdor

Persatuan Agama Buddha SMK Valdor yang diketuai oleh guru penasihat Cik Lim Phaik Har, telah menyertai Pertandingan Peringkat Negeri Pulau Pinang pada tarikh dan masa dan tempat berikut:
Acara: 1. Pertandingan Penulisan Sutra Agama Buddha (pena pen) Peringkat Negeri
Pulau Pinang
2. Pertandingan Penulisan Sutra Agama Buddha (Chinese Brush)Peringkat
Negeri Pulau Pinang
Tarikh: 18hb April 2010 (Ahad)
Tempat: SJK Phor Tay, Pulau Pinang
Bil. Peserta : 40 orang
Masa : 8.00 pagi- 4.00 ptg
Tahniah diucapkan kepada semua peserta.